Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad tng visa (2)

Transaksi Kad Visa TNG eWallet Guna Pengesahan TapSecure Mulai 14 Mac

Diterbitkan Mac 13, 2025 · Dikemas kini Mac 13, 2025 oleh Amalina Athman

Touch ‘n Go Digital  (TNG Digital) kini memaklumkan bahawa transaksi dalam talian kad Visa TNG eWallet akan menggunakan sistem pengesahan TapSecure melalui aplikasi TNG eWallet, berkuat kuasa 14 Mac 2025.

Dengan menggantikan kaedah SMS OTP (One-Time Password), TapSecure menawarkan sistem pengesahan yang lebih selamat, menghapuskan risiko pancingan data melalui OTP.

Selain itu, ia mempercepatkan kelulusan transaksi dengan hanya satu sentuhan serta memastikan pengalaman pembayaran yang lebih lancar dan mudah, sepenuhnya dalam aplikasi TNG eWallet.

TNG eWallet Visa_1

Untuk mengesahkan transaksi dalam talian menggunakan kad Visa TNG eWallet, hanya perlu tekan “Approve” dalam aplikasi TNG eWallet sebaik sahaja menerima notifikasi TapSecure.

TNG eWallet Visa_2

Bagi pengguna yang telah mematikan notifikasi, anda perlu mengaktifkannya semula dalam tetapan telefon untuk memastikan proses pengesahan transaksi berjalan lancar.

Berkaitan

  • Perbandingan Kad Prabayar Di Malaysia - BigPay, Wise, MAE, TNG Visa
  • TapSecure: Peranti Perlu Dipautkan Ke TNG eWallet Sebelum 3 April 2023, Ini Caranya
  • TNG eWallet Visa Tawar Pulangan Tunai 2% Untuk Transaksi Di Luar Negara
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Pelarian Di Malaysia Kini Boleh Guna TNG eWallet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY