Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNG auto reload debit_image wisermy_1

TNG eWallet Hentikan Sokongan ‘Quick Payment’, Tambah Nilai Automatik Guna Kad Debit

Diterbitkan April 30, 2026 · Dikemas kini April 30, 2026 oleh Amalina Athman

TNG Digital kini menghentikan sepenuhnya sokongan Quick Payment dan Auto Reload menggunakan kad debit pada aplikasi TNG eWallet.

Menurut laporan SoyaCincau, kedua-dua ciri berkenaan sebelum ini diletakkan dalam tempoh penyelenggaraan dari 14 April sebagai sebahagian daripada proses penilaian sistem, sebelum TNG Digital memutuskan untuk menamatkan sokongan tersebut.

Kenyataan yang dipetik turut menyebut bahawa perubahan ini berkuat kuasa sekitar pertengahan Mei 2026, namun berdasarkan maklumat yang diterima Wiser.my, sokongan untuk kad debit sebenarnya telah dihentikan lebih awal iaitu sebaik sahaja tempoh penyelenggaraan tamat pada 22 April 2026.

“Berikutan kemas kini terbaru terma dan syarat kami, ciri-ciri ini (Quick Payment dan Auto Reload) tidak lagi disokong untuk kad debit. Perubahan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyediakan pengalaman pembayaran yang lebih dipercayai dan selamat.”

Dalam masa yang sama, TNG Digital menjelaskan tiada perubahan untuk Quick Payment dan Auto Reload apabila menggunakan kad kredit, dan kedua-dua fungsi itu masih boleh digunakan seperti biasa.

Pengguna juga masih boleh menambah nilai TNG eWallet secara manual menggunakan kad debit melalui kaedah tambah nilai sekali (one-time reload), atau pilihan lain seperti DuitNow Transfer atau tambah nilai PIN.

Berkaitan

  • Ini Cara Guna BUDI MADANI RON95 Dengan TNG eWallet
  • TNG Digital, EPOS Perkenal EPOS360 BlueTap - Mudahkan Pembayaran Dengan Ciri 'Tap-to-Pay'
  • Pengguna Pas My50 Kini Boleh Jejak Penjimatan Melalui Aplikasi TNG eWallet
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
©2026 WISER.MY