Kuasa angin dan tenaga angin sinonimnya ialah istilah yang merujuk kepada elektrik yang dijana dengan memanfaatkan kuasa angin, berbanding kaedah lain seperti panel solar atau pembakaran bahan api fosil.
Kuasa angin adalah bersih, boleh diperbaharui, mampan, berpatutan untuk dibina, dan mudah dinaikkan atau turunkan saiznya untuk mencapai output kuasa yang optimum.
Daam usaha mempelbagaikan lagi sumber tenaga negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi TNB Research (TNBR) kini sedang menjalankan kajian lapangan di Sabah bagi menilai potensi sumber tenaga daripada angin.
Ia merupakan usaha menyokong kepelbagaian sumber tenaga elektrik negara.
Antara lokasi utama yang telah dikenal pasti mempunyai potensi tinggi ialah Kota Belud, Sabah.

Bagi memahami pola dan variasi angin, TNBR menggunakan peralatan Meteorological Mast untuk mengukur kelajuan, arah serta corak angin secara berterusan dan terus di lapangan.
Penilaian menyeluruh ini bukan sahaja meneliti aspek teknikal dan kelajuan angin, malah mengambil kira keadaan alam sekitar serta kesesuaian sistem elektrik sebelum sesuatu kawasan disahkan berpotensi.
Penemuan kajian ini amat penting bagi membantu TNB menilai serta merancang pembangunan projek tenaga angin pada masa hadapan.
Sekiranya potensi ini terbukti berasas, penjanaan tenaga angin mampu membantu Malaysia mengurangkan pelepasan karbon, memperkukuhkan peluang ekonomi baharu dan menyokong aspirasi negara mencapai sasaran Net Zero 2050.
Usaha TNBR ini merupakan komitmen berterusan dalam meneroka sumber tenaga boleh baharu yang berdaya tahan dan mampan demi masa depan tenaga negara.
Berdasarkan data World Population Review, ketika ini, China ialah pengeluar kuasa angin terbesar di dunia, dengan menjana 466.5 terawatt jam (TWj) kuasa angin pada tahun 2021, lebih 29% daripada jumlah global 1,596.4 TWj yang dihasilkan pada tahun itu.

Amerika Syarikat menjadi pengeluar kuasa angin kedua terbesar, yang menjana 341.40 TWj kuasa angin pada tahun 2021, bersamaan dengan hanya lebih 21% daripada jumlah pengeluaran global.
Dengan menggabungkan 2 negara ini sahaja, mereka telah menjana tenaga sebanyak 50.6% daripada kuasa angin pada 2021.
