Malaysia berjaya meraih 20 pengiktirafan di ASEAN Energy Awards (AEA) 2026 yang berlangsung di Manila.
Pencapaian ini merangkumi 8 kemenangan di bawah kategori ASEAN Energy Efficiency & Conservation Best Practices Awards serta ASEAN Renewable Energy Project Awards., 7 Naib Johan Pertama dan 5 Naib Johan Kedua, meningkat daripada 16 pengiktirafan pada tahun 2025.
Antara projek yang diketengahkan termasuk bangunan hijau, biogas, solar, mikro-hidro, serta teknologi baharu seperti hidrogen hijau, waste-to-energy dan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS).
Berikut adalah senarai Pemenang Anugerah Tenaga ASEAN 2026:
Kesemua organisasi ini terlebih dahulu telah diiktiraf melalui National Energy Awards (NEA) sebelum mewakili Malaysia di peringkat ASEAN.
Kejayaan ini selaras dengan hala tuju Dasar Tenaga Negara 2022–2040 dan National Energy Transition Roadmap (NETR) yang menekankan sistem tenaga yang selamat, inklusif dan lestari.
Tambahan pula, Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Kebangsaan 2.0 (2026–2035) menyasarkan penjimatan tenaga sebanyak 815,000 TJ, menjana RM85 bilion penjimatan, RM36 bilion pelaburan swasta, serta membuka 29,000 peluang pekerjaan baharu.
Dengan kerjasama berterusan antara Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, usaha memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui akan terus diperkukuh.
Pencapaian ini bukan sahaja mengangkat nama Malaysia, tetapi juga menyumbang kepada masa depan tenaga ASEAN yang lebih selamat, berdaya tahan dan mampan.
Ia turut membuktikan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kedudukan sebagai peneraju tenaga mampan di rantau ASEAN.
{suggest}





