Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Jurutera Bunyi Dah Buat Kerja, Sepatutnya Tak Perlu Ubah EQ

Posted on September 4, 2025September 4, 2025

Ramai orang yang gemar mendengar muzik atau menonton filem sering bermain dengan tetapan equalizer audio (EQ) pada peranti mereka.

Ada yang menaikkan bass setinggi mungkin, ada yang mengurangkan treble, dan ada juga yang cuba pelbagai preset seperti “Rock”, “Jazz”, atau “Pop” dengan harapan bunyi kedengaran lebih “wow”.

Tetapi hakikatnya, equalizer atau istilah sasarnya dipanggil sebagai penyama, bukanlah untuk dijadikan medan eksperimen semata-mata.

Jika anda benar-benar mahukan kualiti audio yang seimbang dan asli, anda sepatutnya hanya mengguna ada satu tetapan EQ sahaja iaitu flat.

Contoh EQ digital yang tersedia dalam aplikasi Spotify.

Kenapa Flat EQ Adalah Pilihan Terbaik

Setiap lagu, filem, atau rakaman audio yang dihasilkan sebenarnya telah mendapat sentuhan jurutera bunyi.

Mereka menggunakan peralatan studio profesional untuk memastikan setiap instrumen, vokal, dan kesan bunyi berada pada tahap yang tepat, yang diteliti dengan terperinci.

Dengan kata lain, mereka sudah melakukan kerja “equalizing” untuk anda. Jadi, bila anda ubah tetapan EQ secara melampau, anda sebenarnya merosakkan hasil kerja asal tersebut.

Ini mengakibatkan kualiti bunyi yang ditala oleh pakar audio dirosakkan anda.

Sebagai contoh, apabiila tetapan bunyi bass ditala terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan herotan, bunyi jadi “pecah” atau kabur.

Begitu juga bila treble dinaikkan berlebihan, bunyi jadi terlalu tajam dan menusuk telinga.

Sebab itulah, tetapan EQ neutral (flat) mengelakkan masalah ini daripada berlaku sekali gus memberikan anda menikmati bunyi kualiti studio yang sebenar.

Malah menetapkan EQ kepada flat juga adalah yang paling selamat kerana anda tak perlu sentiasa menukar tetapan EQ.

Ia memberikan keseimbangan semula jadi untuk semua jenis kandungan sama ada ketika menonton filem mahupun mendengar pelbagai genre muzik.

Bila Perlu Ubah EQ?

Walaupun flat adalah tetapan yang terbaik secara umum, namun, ada situasi tertentu di mana anda boleh membuat sedikit pelarasan, tapi  jangan sampai lari jauh daripada neutral.

  • Kualiti Fon Kepala / Speaker Rendah: Jika anda guna fon kepala murah yang kurang bass, sedikit pelarasan mungkin membantu.

 

  • Keperluan Peribadi: Sesetengah orang ada kepekaan telinga yang berbeza, jadi sedikit ubah suai boleh memberi keselesaan.

 

  • Persekitaran: Jika anda berada di tempat bising, mungkin perlu naikkan mid untuk jelas mendengar vokal.
Contoh tetapan tambahan yang tersedia dalam aplikasi Nothing X untuk fon kepala Nothing Headphone (1) yang memberikan lebih kawalan ke atas audio yang didengari.

Kesimpulan

Equalizer adalah alat yang hebat, tetapi ia bukan bermaksud anda perlu sentiasa “bermain” dengannya.

Hakikatnya, tetapan terbaik equalizer audio ialah flat (neutral).

Ini kerana ia mengekalkan bunyi asal hasil rakaman studio yang telah ditala sebaiknya oleh pencipta muzik atau jurutera bunyi.

Namun begitu, telinga kita tidak sama, ada yang suka bass lebih dan sebaliknya.

Jadi, tidak salah pun mengubah tetapan EQ mengikut sedap bunyi telinga anda. Selera kita berbeza.

Apa yang lebih penting adalah elakkan sama sekali daripada meningkatkan had bunyi kepada terlampau kuat sehingga boleh menjejaskan kesihatan pendengaran anda.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress