Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rebat Bil Elektrik 100% Untuk Mangsa Banjir Bulan Disember Ini

TNB Bersedia Pastikan Bekalan Stabil Semasa PRN Di 6 Negeri Esok

Diterbitkan Ogos 11, 2023 · Dikemas kini Ogos 11, 2023 oleh ariff bukhari

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa pihak mereka telah membuat persiapan bagi memastikan bekalan elektrik stabil di 6 negeri yang terlibat dengan hari pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Sebanyak 3214 Pusat-Pusat Mengundi dan 180 Pusat-Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dimaklumkan akan berada dalam keadaan baik pada hari mengundi esok.

Menurut Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian (Chief Distribution Network Officer) TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood, lebih 2,500 orang anggota kerja TNB ditugaskan untuk sentiasa berada dalam tunggu sedia di lapangan dan bilik-bilik gerakan operasi di negeri-negeri terlibat ketika proses pengundian PRU DUN ke-15 ini.

Sebanyak 198 lori janakuasa bergerak dan 144 set janakuasa mudah alih juga telah ditempatkan sebagai tunggu sedia diatur gerak untuk memberikan bekalan sekiranya diperlukan.

“Situasi bekalan elektrik seluruh negara dipantau setiap masa sehingga proses penjumlahan rasmi undi yang dijangka berlanjutan sehingga tengah malam pada 12 Ogos atau awal pagi keesokkan harinya,” Wan Nazmy Wan Mahmood.

Sebagai langkah berjaga-jaga, TNB sekali lagi memperingatkan kepada semua pihak agar mengelak daripada melakukan kerja-kerja pengorekan tanah dalam usaha mengurangkan risiko menyentuh kabel elektrik, sekali gus menghindari kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik akibat kerosakan kabel.

Berkaitan

  • OnePlus Ace 2 Pro Sah Hadir Dengan RAM 24GB
  • Menteri Optimis Sasar 80% Capaian 5G Di Kawasan Berpenduduk Menjelang Akhir 2023
  • Pengguna Terpilih WhatsApp Kini Boleh Akses Multi-Akaun Dalam Satu Aplikasi

Sumber: Siaran media TNB

(Beli pelbagai model dan jenis power bank untuk telefon pintar anda di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY