Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Turut Batalkan Perjanjian Langganan Saham Dengan DNB

TM Turut Batalkan Perjanjian Langganan Saham Dengan DNB

Diterbitkan Mei 10, 2023 · Dikemas kini Mei 10, 2023 oleh Amalina Athman

Telekom Malaysia (TM) kini mengeluarkan notis pembatalan Perjanjian Langganan Saham (SSA) kepada DNB dengan berkuat kuasa serta-merta.

Berkaitan

  • CelcomDigi Tamatkan Perjanjian Langganan Saham Dengan DNB
  • Entiti Swasta Dijangka Ambil Alih DNB Setelah Capai 80% Liputan 5G

Kata TM di Bursa Malaysia, penamatan SSA ini berikutan tarikh untuk memenuhi semua syarat di bawah SSA telah luput. Pihaknya turut menjangka keputusan ini tidak mempunyai sebarang kesan ketara ke atas pendapatan, aset bersih Kumpulan TM bagi tahun kewangan 2023.

Sementara itu, pelanggan TM juga akan terus menikmati perkhidmatan rangkaian 5G kerana Perjanjian Akses Borong dengan DNB masih diteruskan.

Untuk makluman, pengumuman TM ini hanya seminggu selepas CelcomDigi menamatkan SSA dengan DNB, yang berkuat kuasa pada 3 Mei lepas.

Sumber: Bursa Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY