Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Headquarters_Cyberjaya 2025

TM Global Dinobatkan Syarikat Telekomunikasi Terbaik Malaysia, Keuntungan Meningkat

Diterbitkan Februari 26, 2026 · Dikemas kini Februari 26, 2026 oleh ariff bukhari

TM Global sekali lagi mencatat kejayaan di Asian Telecom Awards 2026 yang berlangsung di Singapura pada 25 Februari.

TM Global menyatakan, kejayaan ini mencerminkan kepercayaan berterusan rakan kongsi dan dedikasi pasukan dalam memajukan landskap digital Malaysia.

Untuk tahun ini, TM Global meraih tiga anugerah utama iaitu:

  • Pelaksanaan Laluan Pantas Terbaik Tahun Ini – Malaysia,
  • Inisiatif Infrastruktur Terbaik Tahun Ini – Malaysia, dan;
  • Syarikat Telekom Terbaik Tahun Ini – Malaysia.

TM Global

Kejayaan ini merupakan tahun ke-4 berturut-turut TM Global diiktiraf di pentas antarabangsa.

Anugerah tersebut telah diterima oleh Hazrilhasnie Hashim, Naib Presiden Produk & Pemasaran dan Elvin Tan, Pengarah Negara TM Singapura.

Pada masa yang sama, Telekom Malaysia Berhad (TM) turut mengumumkan peningkatan hasil untuk suku keempat tahun 2025 sebanyak 6.8% kepada RM3.26 bilion.

TM juga merekodkan Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Bukan Kawalan (PATAMI) berjumlah RM1.71 bilion, peningkatan 72.8% daripada tempoh yang sama tahun lepas.

TM menyatakan bahawa mereka optimis pada tahun 2026 ini dengan aspirasi menjadi Digital Powerhouse menjelang 2030.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Indonesia Pengguna Ke-3 Terbesar Starlink
  • U Mobile Ikat Kontrak Borong 5G Selama 3 Tahun Dengan TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY