Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Turut Batalkan Perjanjian Langganan Saham Dengan DNB

TM Sahkan Terima Notis Penamatan Perjanjian Langganan Saham DNB

Diterbitkan Ogos 26, 2024 · Dikemas kini Ogos 26, 2024 oleh Amalina Athman

Telekom Malaysia (TM) kini mengesahkan bahawa ia telah menerima notis penamatan daripada Digital Nasional Berhad (DNB) untuk Perjanjian Langganan Saham (SSA) yang ditandatangani pada 1 Disember 2023.

Dalam satu kenyataan, TM memaklumkan pihaknya telah mengemukakan rayuan lanjutan Tarikh Henti Panjang untuk membolehkan syarikat itu mendapatkan kelulusan pemegang Saham di Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), bagi memenuhi Syarat Terdahulu di bawah SSA.

Bagaimanapun, DNB memutuskan untuk tidak menerima rayuan syarikat itu bagi pelanjutan Tarikh Henti Panjang melebihi 21 Ogos 2024, dan seterusnya mengeluarkan notis penamatan SSA TM pada 23 Ogos 2024.

Dalam pada itu, TM memaklumkan penamatan tersebut tidak menjejaskan tawaran 5G kepada pelanggannya, di mana Perjanjian Akses untuk langganan perkhidmatan borong dari DNB kekal.

Syarikat itu juga menyatakan komitmen untuk terus menyokong ekosistem 5G di Malaysia dan menyediakan penawaran digital tertumpu berkualiti tinggi merentasi pelbagai segmen pengguna.

Dengan penamatan SSA TM, ia mungkin bermakna setiap satu MNO yang melengkapkan perjanjian SSA sebelum ini akan memegang sekitar 16.28% kepentingan, manakala kerajaan Malaysia yang diwakili MOF Inc mengekalkan 34.88% pegangan dan Saham Khas dalam DNB.

Pada Jun lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan proses membangunkan rangkaian 5G kedua hanya akan dibuka kepada MNO yang telah melengkapkan pegangan ekuiti (SSA) dalam DNB.

Berkaitan

  • Perjanjian Langganan Saham DNB Dengan Empat MNO Selesai
  • Pemilihan MNO Untuk Rangkaian 5G Kedua Dijangka Selesai Akhir Tahun Ini
  • MNO Hanya Boleh Berada Dalam Satu Entiti Bagi Rangkaian 5G Kedua - Teo
  • Empat MNO Kemuka Bidaan Tender Rangkaian 5G Kedua

Sumber: Bursa Telekom Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY