Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM One CYDEC_1

TM Lancar TM CYDEC, Pusat Pertahanan Siber Dengan Model Operasi Cyber Fusion

Diterbitkan September 8, 2026 ยท Dikemas kini September 8, 2026 oleh Amalina Athman

TM melalui TM One memperkenalkan TM Cyber Defence Centre (TM CYDEC) di Cyberjaya, yang menggunakan model operasi Cyber Fusion dengan menggabungkan kesalinghubungan, cloud dan keselamatan siber untuk membantu organisasi mengesan ancaman, mengurangkan kerentanan serta memberikan respons dengan lebih pantas.

Terletak di Kampus Cyberjaya TM, CYDEC menghimpunkan kepakaran, risikan dan keupayaan daripada sektor kerajaan, perusahaan serta operasi keselamatan TM. Ini membolehkan rangkaian, platform awan (cloud), aplikasi dan infrastruktur digital dilihat sebagai satu ekosistem, bukannya dipantau secara berasingan.

Pendekatan ini juga mengambil kira penggunaan AI yang semakin meningkat dalam proses, perkhidmatan pelanggan dan operasi organisasi. Antaranya, CYDEC memberi tumpuan kepada risiko berkaitan pendedahan data, tadbir urus, integriti model dan pematuhan kawal selia.

Dari segi operasi, CYDEC menawarkan pemantauan 24/7 dan risikan ancaman dengan menggabungkan maklumat daripada sistem digital, perkhidmatan terurus serta operasi keselamatan siber. Maklumat daripada pelbagai sumber ini membantu mengurangkan titik buta dan memberikan gambaran yang lebih jelas untuk membolehkan keputusan dibuat dengan lebih pantas dan tepat.

Selain itu, ia turut menyediakan tadbir urus, escalation dan kawalan secara lokal bagi persekitaran sensitif. TM menyatakan kepakaran dalam pelbagai domain keselamatan ini menyokong keperluan pematuhan di bawah Akta Keselamatan Siber 2024, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan rangka kerja tadbir urus digital Malaysia.

Dari segi piawaian, CYDEC telah menerima beberapa pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk ISO/IEC 27001 untuk pengurusan keselamatan maklumat, ISO 22301 untuk pengurusan kesinambungan perniagaan, ISO 9001 untuk pengurusan kualiti dan ISO 37001 untuk pengurusan antirasuah.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Potensi 'Super El-Nino' Kini Melebihi 90%, Dijangka Setanding Situasi 1997/1998 - MetMalaysia
  • TM Berminat Sertai Projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY