Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Akui Gangguan Sistem NG MERS 999, Talian Suara 999 Kekal Saluran Utama

TM Akui Gangguan Sistem NG MERS 999, Talian Suara 999 Kekal Saluran Utama

Diterbitkan November 21, 2025 ยท Dikemas kini November 21, 2025 oleh ariff bukhari

Telekom Malaysia (TM) memaklumkan bahawa mereka mengakui berlaku gangguan awal ketika migrasi sistem kecemasan NG MERS 999, di mana sebahagian rakyat sukar menghubungi talian 999 dan respon menjadi perlahan.

TM menjelaskan, sistem lama yang sudah berusia 17 tahun tidak lagi mampu menampung keperluan semasa, maka NG MERS 999 diperkenalkan untuk meningkatkan akses, koordinasi antara agensi serta selaras dengan piawaian antarabangsa.

Walau bagaimanapun, selepas migrasi, jumlah panggilan melonjak daripada purata 50,000 kepada hampir 70,000 sehari.

Namun hanya sekitar 5% panggilan adalah kecemasan sebenar, manakala selebihnya panggilan senyap atau gurauan.

Ekoran itu, TM segera menambah kapasiti pelayan, mengoptimumkan konfigurasi dan menambah tenaga kerja pusat panggilan bagi memastikan kelancaran.

TM turut menegaskan bahawa Talian suara 999 kekal sebagai saluran utama, manakala aplikasi SaveME999 berfungsi sebagai pelengkap.

TM memaklumkan, mereka kini bekerjasama rapat dengan lima agensi kecemasan untuk memastikan perkhidmatan lebih pantas dan menyeluruh.

TM turut menyeru orang ramai menggunakan talian 999 secara bertanggungjawab kerana panggilan palsu boleh menjejaskan nyawa.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Sistem Kecemasan NG MERS 999 Kini Beroperasi, Ini Perlu Diketahui
  • Pengguna Umur Bawah 16 Tahun Di Australia Akan Dibuang Daripada Facebook, Instagram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY