Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tips Dapatkan Pengecasan Cepat Untuk iPhone dan Peranti Lain

Tips Dapatkan Pengecasan Cepat Untuk iPhone dan Peranti Lain

Diterbitkan Disember 25, 2017 oleh Wiser MY

Kita semua pernah melaluinya hampir setiap kali hendak keluar dari rumah, bateri telefon pintar di tahap rendah. Akibatnya, kita terpaksa membawa sekali pek simpanan kuasa yang memerlukan ruang tambahan di dalam poket atau beg galas.

Terdapat beberapa cara bagi mempercepatkan pengecasan peranti anda dan mungkin bukan tertakluk untuk peranti Apple sahaja. Cas peranti tersebut dengan skrin tertutup. Barangkali anda pernah mendengar tentang cara ini dan mungkin sebahagian anda tidak pernah terfikir untuk melakukannya.

Ujian pengecasan ini telah dilakukan oleh David Cogen dari Digital Trends dan mendapati keputusan ujian itu lebih baik jika peranti dicas itu ditutup skrin nya. Dia menggunakan peranti iPhone 8 dan berikut adalah hasilnya:

Selepas 15 minit

  • Pengecasan Cepat Bersama WiFi: 25%
  • Pengecasan Cepat Bersama Mod Airplane: 25%
  • Pengecasan Cepat Bersama Skrin Tertutup: 27%

Selepas 30 minit

  • Pengecasan Cepat Bersama WiFi: 47%
  • Pengecasan Cepat Bersama Mod Airplane: 47%
  • Pengecasan Cepat Bersama Skrin Tertutup: 50%

Selepas 60 minit

  • Pengecasan Cepat Bersama WiFi: 79%
  • Pengecasan Cepat Bersama Mod Airplane: 79%
  • Pengecasan Cepat Bersama Skrin Tertutup: 82%

Tips Dapatkan Pengecasan Cepat Untuk iPhone dan Peranti Lain

Didapati pengecasan bersama skrin yang tertutup boleh memaksimakan masa pengecasan anda dan jika peranti ditutup sepenuhnya, pasti keputusan yang dicapai pasti lebih baik. Diingatkan juga yang iPhone 8 mempunyai fungsi pengecasan cepat dan mungkin berlainan dari peranti anda.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY