TikTok Merupakan Aplikasi Terbanyak Dimuat Turun Pengguna Untuk Suku Pertama Tahun 2020

Tidak dinafikan lebih ramai pengguna yang hanya menghabiskan masa bermain telefon pintar bersempena arahan kuarantin (Covid-19) di serata dunia. Menurut laporan dari App Annie, lebih ramai pengguna menghabiskan masa serta wang untuk aplikasi untuk suku pertama tahun 2020 ini.

Sebagai contoh, masa mingguan yang dihabiskan meningkat sebanyak 20% jika dibandingkan dengan tahun lepas secara global. China, sebagai negara yang pertama dalam menangani wabak Covid-19, meningkat sebanyak 30% dengan purata penggunaan peranti pintar selama 5 jam sehari. Itali pula pada masa yang sama meningkat kepada 11%.Report: Apple App Store and Google Play revenues grow during Q1

Antara negara lain yang turut terlibat dalam laporan adalah AS (10%), Jerman (10%), Perancis (15%), dan UK (5%).

Laporan turut menyatakan pengguna iOS di AS dan China antara yang teramai menghabiskan masa di platform berkenaan. Manakala untuk Android pula, AS, Jepun, dan Korea Selatan adalah tiga negara yang terbesar. Selain itu, TikTok juga menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun secara global, diikuti WhatsApp, Facebook, dan Instagram.

Dengan lanjutan tempoh kuarantin yang diberikan oleh pemerintah negara masing-masing di serata dunia, kemungkinan statistik ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Sumber: App Annie