Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Didakwa Menjadi Lubuk Kepada Pedofilia

TikTok Didakwa Menjadi Lubuk Kepada Pedofilia

Diterbitkan Januari 30, 2020 oleh ariff bukhari

Bukan sekadar TikTok sahaja tidak selamat kepada kanak-kanak.

Pihak berkuasa dari jabatan jenayah siber Australia mendakwa, aplikasi sosial popular TikTok adalah tidak selamat kepada kanak-kanak. Ini kerana platfom sosial itu menjadi lubuk kepada pedofilia mencari mangsanya.

Ia diberitahu oleh seorang bekas polis jenayah siber Australia bernama Ms McLean kepada laman Daily Mail Australia baru-baru ini.

“Paedophiles like to watch kids sing and dance so they can take the videos and share them.” Ms McLean.

Tidak sekadar itu, ia juga menjadi platfom utama yang menjurus kepada berlakunya insiden buli atas talian.

“TikTok is not a safe app and there are many concerns, not the least bullying and grooming by predators.” Ms McLean.

Malah isu privasi juga menjadi perkara yang amat membimbangkan kerajaan Australia berikutan data yang dikutip oleh aplikasi itu.

Malah TikTok sendiri ada menyatakan bahawa walaupun pengguna menetapkan akaun mereka kepada tetapan ‘Private’,  data-data utama seperti foto, nama pengguna dan biografi masih akan dipaparkan kepada semua pengguna.

tiktok safety center
Sumber: TikTok Safety Center

Oleh itu, para pengguna terutamanya ibu bapa perlulah sentiasa mengawasi anak-anak mereka bukan sahaja terhad ke atas penggunaan platfom sosial ini sahaja, tetapai juga terhadap semua platfom sosial media yang digunakan mereka. Ini bagi mengelakkan anak-anak kecil ini daripada terdedah kepada pemangsa pedofilia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY