Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthony Loke

Tidak Terhad Kepada TNG, Perkhidmatan Pengangkutan Awam Akan Integrasi Sistem Pembayaran Terbuka

Diterbitkan Mac 20, 2023 ยท Dikemas kini Mac 20, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini berkata, sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam, khususnya di bawah Prasarana Malaysia akan dilaksanakan dalam masa beberapa bulan lagi, dan tidak terhad kepada penggunaan Touch ‘n Go (TNG) sahaja.

Berkaitan

  • PM Mungkin Pertimbang Semula Monopoli Touch 'n Go
  • Diskaun Saman Trafik 60% Melalui MyBayar Saman Dan Secara Fizikal - PDRM

Jelasnya, sistem pembayaran terbuka itu akan membolehkan pengguna menggunakan kad kredit atau debit sebagai pembayaran untuk perkhidmatan pengangkutan awam, selain kad TNG.

Mengimbas kembali, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata monopoli TNG mungkin dipertimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.

Mengulas mengenainya, Loke berkata kenyataan Perdana Menteri itu bukan bermaksud perkhidmatan TNG akan ditamatkan. Sebaliknya, TNG akan menjadi salah satu pilihan pembayaran, berbanding satu-satunya perkhidmatan pembayaran untuk lebuh raya ketika ini.

Untuk pengangkutan awam, beliau telah mengarahkan agensi termasuk operator di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mengaplikasikan sistem pembayaran terbuka.

Tambahnya, Prasarana juga telah diarah melaksanakan sistem pembayaran terbuka dan mereka memerlukan masa untuk mengintegrasikan sistem. Antara sistem pengangkutan di bawah Prasarana termasuk perkhidmatan bas, Transit Aliran Ringan (LRT), dan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY