Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bermula September, 5 Lebuh Raya Terima Kad Debit/Kredit Untuk Pembayaran

Posted on Mac 21, 2023Mac 21, 2023

Mulai September ini, 5 lebuh raya akan menerima pembayaran terbuka termasuk kad debit/kredit ialah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Pantai Baru, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.

Perkara itu diumumkan Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi di laman media sosial rasmi beliau.

Saya telah pun membuat pengumuman isu ‘Open Payment System’ di beberapa lebuhraya di dalam negara bermula tahun ini.

Usaha ini bkn shja dpt m’beri pelbagai pilihan kpd pengguna utk m’buat p’byrn di tol tti jg mengatasi isu monopoli seperti yg disentuh oleh YAB PM @anwaribrahim https://t.co/wVlfQZfBCE pic.twitter.com/Nhgkd7cb9G

— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) March 21, 2023

Tambah beliau lagi, fasa proof of concept (POC) untuk sistem tol tanpa palang iaitu MLFF akan dijalankan sebelum penghujung Oktober 2023 bagi menilai sistem sebelum dilaksanakan di lebuh raya seluruh Malaysia.

highway terima kad debit kredit

Lokasi POC ini sedang dalam rundingan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Pelaksanaan sepenuhnya MLFF ini akan dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.

Ini bermakna rakyat Malaysia akan menggunakan sistem tol tanpa palang sebelum 2025, seperti mana rancangan asal kerajaan sebelum ini.

highway terima kad debit kredit

Dalam kenyataan sama, Menteri juga berkata MLFF kelak akan menerima sistem pembayaran terbuka yang akan menamatkan monopoli Touch ‘n Go serta beri peluang pada penyedia e-dompet lain untuk turut serta.

{suggest}

Sumber: Alexander Nanta Linggi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress