Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tiga Anak Malaysia Cipta Teknologi Pengecasan Wayarles Pertama Dunia Untuk Kegunaan Angkasa Lepas

Posted on Januari 30, 2024

Syarikat Aphelia Sdn Bhd yang diasaskan oleh Muhammad Mohd Kamil, Muhammad Razlan Dhamir Hamdan dan Lee Guo Rui, telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan inovasi terbaru mereka yang menggunakan konsep powerbank wayarles iaitu stesen pengecasan tanpa wayar yang pertama di dunia.

Foto: FMT

Berdasarkan laporan dan temu ramah daripada pihak FMT, Razlan menegaskan bahawa teknologi ini akan menggunakan isyarat radio untuk mengecas satelit-satelit di angkasa.

Berbanding dengan penggunaan panel solar, beliau menyimpulkan teknologi ini dapat memberi perubahan yang besar sekali gus mengurangkan kos dalam pembinaan satelit dan stesen angkasa.

{suggest}

Teknologi ini juga telah mendapat perhatian syarikat Astrolab yang telah mendapat persetujuan daripada SpaceX untuk melancarkan teknologi ini bersama projek Starship pada tahun 2026.

Muhammad juga berharap rancangan ini dapat membawa teknologi mereka sebagai salah satu teknologi percubaan di bulan sebelum dilancarkan untuk pembelian.

Sumber: Free Malaysia Today

Gambar utama: Free Malaysia Today

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress