Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone 8_malaysia 3

Siri ROG Phone 8 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM3,999

Diterbitkan Januari 30, 2024 · Dikemas kini Januari 30, 2024 oleh Amalina Athman

ASUS ROG Republic of Gamers (ROG) pada awal bulan ini telah mengumumkan siri ROG Phone 8 bagi pasaran global. Hari ini, ASUS ROG secara rasmi membawa masuk barisan peranti itu untuk pasaran tempatan.

Ia hadir dengan tiga model, terdiri daripada ROG Phone 8, ROG Phone 8 Pro dan ROG Phone 8 Pro Edition.

{suggest}

Spesifikasi yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia hampir sama sahaja seperti versi global. Ketiga-tiga model dilengkapi skrin 6.78″ AMOLED yang menyokong sehingga 165Hz kadar segar semula dan 1 hingga 120Hz menggunakan teknologi LTPO. Maksimum kecerahan boleh mencapai 2,500 nit.

ROG Phone 8_malaysia 5
ROG Phone 8_malaysia 4

Barisan peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama gandingan memori sehingga 24GB RAM LPDDR5x dan 1TB storan berasaskan UFS 4.0.

Terdapat tiga kamera di bahagian belakang yang menempatkan 50MP utama (sensor 1/1.56″ Sony IMX890) dengan 6-axis Hybrid Gimbal Stabilizer 3.0 dan 13MP ultra-lebar.

Ia juga menampilkan 32MP telefoto dengan 3x zum optikal. Di bahagian hadapan pula diletakkan kamera swafoto 32MP.

Kapasiti bateri sebanyak 5,500mAh dan menyokong pengecasan 65W berwayar. Antara lainnya, ia dilengkapi ciri AI, AniMe Vision (Phone 8 Pro & Pro Edition) serta AeroActive Cooler X yang lebih kecil dengan kecekapan termal 1.2x lebih tinggi.

ROG Phone 8 Series One Pager

ASUS ROG Phone 8 Pro & Pro Edition tersedia dengan warna Phantom Black, manakala ROG Phone 8 ditawarkan dengan warna Rebel Grey dan Phantom Black.

Harga & Ketersediaan

Berikut merupakan harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia:

Siri ROG Phone 8

  • ROG Phone 8 12GB/256GB – RM3,999
  • ROG Phone 8 Pro 16GB/512GB – RM4,799
  • ROG Phone 8 Pro Edition 24GB/1TB – RM5,999 (termasuk AeroActive Cooler X)

Aksesori ROG Phone 8

  • AeroActive Cooler X – RM349
  • ROG Phone 8 Silicone Case – RM149
  • ROG Phone 8 DEVILCASE Guardian Standard (Authorized) – RM149
  • ROG PHONE 8 Antibacterial Glass Screen Protector – RM149

Promosi Jualan

Siri ROG Phone 8 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM3,999
Siri ROG Phone 8 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM3,999
Siri ROG Phone 8 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM3,999

Kesemua model dalam barisan ROG Phone 8 sudah pun boleh dibeli bermula hari ini. Untuk pembelian produk ASUS ROG, layari kedai rasmi di Shopee atau Lazada.

Sumber: Siaran Media ASUS ROG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY