Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada ZTE Axon 8, Nama Model Seterusnya Adalah ZTE Axon 9

Tiada ZTE Axon 8, Nama Model Seterusnya Adalah ZTE Axon 9

Diterbitkan Januari 24, 2018 ยท Dikemas kini Januari 24, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sejak ZTE Axon 7 diperkenalkan pada pertengahan 2016, ramai menantikan model seterusnya dikeluarkan syarikat berpengkalan di Shenzen itu.

Hari ini, Lixin Cheng, selaku CEO ZTE mengesahkan kehadiran model baru yang bakal dinamakan sebagai Axon 9 dan perkara ini menimbulkan tanda tanya beberapa pihak, mengapa ia tidak menggunakan nama Axon 8.

Terdapat spekulasi berkenaan nama tersebut dimana ia dikhabarkan berkait rapat dengan sebutan bahasa. “Axon” apabila dituturkan dalam bahasa Cina, ia membawa maksud sebagai “Sky Machine” tetapi apabila ditambah dengan nombor lapan dihujungnya, “Sky Machine 8”, sebutan boleh diterjemah menjadi “huru-hara/merosakkan”.

Ia mungkin alasan mengapa nama Axon 8 tidak digunakan dan ini bukanlah perkara yang pelik, kerana OnePlus juga pernah melangkau nama dari OnePlus 3 kepada OnePlus 5. Hal ini kerana, nombor 4 dalam kepercayaan Cina berkaitan dengan kematian.

Walaubagaimanapun, Cheng tidak mendedahkan maklumat lanjut serta tarikh pelancaran ZTE Axon 9.

Sumber: PocketNow

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Tambang ECRL Diumumkan, Perjalanan Gombak-Kota Bharu Bermula RM125
  • Honda Bangunkan Teknologi Jalan Raya Yang Boleh Cas EV Ketika Bergerak
  • Harga PS6 Mungkin Cecah Lebih AS$1,000 Akibat Kenaikan Kos RAM Dan SSD
  • Dua Anak Sarawak Raih Tempat Kedua Dalam Pertandingan Robotik WRO 2026 Di Croatia
  • Dakwaan Isu Haba Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Kurang Tepat - Qualcomm
  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga Sekitar RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
  • Penang Port Jadi Pelabuhan Pertama Di Malaysia Guna Rangkaian 5G Persendirian
  • Pesawat Elektrik Berkuasa Solar Rekod Penerbangan Setinggi 9,640 Meter
©2026 WISER.MY