Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tiada Lagi Kandungan Anime Percuma Di Facebook

Posted on Ogos 17, 2020Ogos 17, 2020

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita mengenai laman web popular KissAnime dan KissManga yang telah ditutup sepenuhnya.

Umum mengetahui, kedua-dua platform ini telah menawarkan kandungan digital secara “percuma” bertahun lamanya.

Nampaknya kini, larangan kandungan cetak rompak itu tidak berakhir dengan penutupan KissAnime dan KissManga sahaja. Malah, lebih banyak nama besar laman web yang menawarkan kandungan digital tersebut akan dihapuskan.

Facebook turut mengambil tindakan tegas bagi mengawal kandungan digital cetak rompak.

Antara halaman yang terkesan adalah AnimeXchief yang telahpun dihapuskan dari Facebook. Ini kerana, muat naik kandungan anime secara tidak sah berulang kali akan mendorong Facebook untuk mengambil tindakan menyekat atau memadam akaun tersebut.

Terdahulu, syarikat-syarikat produksi animasi terkenal Jepun telah dilaporkan bersetuju untuk menubuhkan saluran Youtube percuma mereka sendiri dengan mensasarkan 30 syarikat animasi.

Sumber: Anime Senpai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress