KissAnime Dan KissManga Ditutup Selama-Lamanya

Sejak bertahun-tahun peminat anime dan manga sedia menikmati kandungan digital kedua-duanya secara "percuma" diinternet. Namun terbaharu, pasti mengejutkan peminat kerana laman web popular KissAnime dan KissManga dilaporkan telah ditutup sepenuhnya.

Laman web "rasmi" tersebut kini tidak boleh lagi diakses oleh pengguna dan menurut perkongsian di Reddit, ia ditutup sekitar pukul 10 malam 14 Ogos.

Pemberitahuan juga dibuat oleh KissAnimeSupport yang menyatakan "KissManga and KissAnime will be closed forever. Thank you for your supports ☹ Thank you for those years.” Langkah penutupan ini adalah berikutan isu hakcipta kesemua kandungan digital yang dikongsikan laman tersebut.



Menurut Kyodo News, parlimen Jepun sebulat suara menggubal undang-undang anti cetak rompak dalam talian berkaitan kawalan hak cipta, larangan muat turun manga, majalah, teks akademik, selain muzik dan video yang sudah dilindungi oleh peraturan sedia-ada.

Tambahan lagi, undang-undang tersebut turut digunapakai pada 'leech websites' yang menawarkan pautan muat turun kepada kandungan cetak rompak.

Difahamkan larangan muat turun kandungan cetak rompak akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2021 sementara larangan melibatkan "leech website' pula bermula 1 Oktober ini.

Usul mengenai kemaskini undang-undang tersebut dibuat lanjutan daripada peningkatan laman web yang menawarkan kandungan cetak rompak.

Terdahulu dilaporkan laman Mangamura mencatat akses 100 juta sebulan sebelum disekat pada April 2018 telah mengakibatkan penerbit kandungan mengalami kerugian 300bilion yen. Antara manga popular yang kerap dicetak rompak adalah seperti Attack on Titan dan One Piece.

 

Berkaitan