Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
50% Kawasan Luar Bandar Dijangka Dapat 5G Pada Pertengahan 2024

Tiada Lagi Caj Tambahan Untuk Akses 5G – Fahmi Fadzil

Diterbitkan Januari 9, 2024 · Dikemas kini Januari 9, 2024 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan tiada lagi caj tambahan akan dikenakan untuk perkhidmatan 5G.

Berkaitan

  • Berbaki Kurang 4% Untuk Capai Sasaran Liputan 5G - Fahmi
  • Maxis Naik Taraf Bonus Data 5G Sehingga 1TB Untuk Pengguna Pascabayar
  • Kerajaan Pertimbang Ambil Tindakan Jika Telco Kenakan Caj Tambahan Akses 5G

Sebelum ini, terutamanya ketika perkhidmatan 5G dilancarkan, beberapa syarikat telekomunikasi dilihat telah mengenakan caj tambahan untuk pengguna mengakses 5G.

Jelas Fahmi, naik taraf ke 5G tidak sepatutnya dikenakan caj tambahan, sama seperti yang dilaksanakan ketika naik taraf 3G ke 4G.

Disebabkan caj tambahan itu, sebilangan pengguna lebih memilih untuk terus menggunakan akses perkhidmatan 4G. Seterusnya membawa kepada penerimagunaan 5G yang masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dulu masa 3G naik taraf ke 4G, tiada caj tambahan. Bila 4G naik taraf ke 5G, tak sepatutnya ada caj tambahan.

Hari ini, saya umumkan, TIADA LAGI CAJ TAMBAHAN untuk perkhidmatan 5G.

Dengan pengumuman ini, saya ingin mengajak semua untuk naik taraf perkhidmatan telekomunikasi… pic.twitter.com/zaJBUZsbt5

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) January 9, 2024

Dengan pengumuman hari ini, beliau mengajak semua pengguna untuk menaik taraf perkhidmatan telekomunikasi ke 5G berikutan tiada lagi caj yang akan dikenakan.

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY