Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis Naik Taraf Bonus Data 5G Sehingga 1TB Untuk Pengguna Pascabayar

Maxis Naik Taraf Bonus Data 5G Sehingga 1TB Untuk Pengguna Pascabayar

Diterbitkan Disember 14, 2023 ยท Dikemas kini Disember 14, 2023 oleh Amalina Athman

Maxis pada Ogos telah mula menawarkan pelan 5G untuk pelanggan pascabayar dan prabayar. Bagi pelan pascabayar, harga yang ditawarkan bermula RM79 untuk kuota data 4G/5G sebanyak 80GB dengan bonus tambahan 40GB (5G).

Bermula hari ini, 14 Disember 2023, pengguna pascabayar Maxis akan menerima naik taraf bonus data 5G sehingga 1TB dengan kelajuan tanpa had.

Berkaitan

  • Maxis Beri Naik Taraf Kelajuan Percuma Dan Pelan Fiber Baharu Serendah RM89

Dalam laman FAQ, Maxis mengatakan pengguna yang membayar untuk pelan Postpaid 79 akan menerima bonus 5G sebanyak 80GB. Sementara pelan Postpaid 109, Postpaid 139 dan Postpaid 169 masing-masing menerima data tambahan 5G sebanyak 200GB, 360GB dan 600GB – sebelum ini 50GB, 60GB dan 75GB.

Bagi pelan Maxis Postpaid 199, pengguna akan menerima bonus 5G sebanyak 1TB berbanding 100GB sebelum ini.

Maxis Naik Taraf Bonus Data 5G Sehingga 1TB Untuk Pengguna Pascabayar

Menurut Maxis, proses naik taraf data adalah secara automatik, kekal dan percuma tanpa perubahan harga langganan. Aktiviti naik taraf bermula 14 hingga 20 Disember 2023, dengan pengguna akan dimaklumkan melalui SMS setelah berjaya dinaik taraf.

Sementara itu, naik taraf data juga tersedia untuk pengaktifan talian baharu, mulai hari ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman www.maxis.my/quotaupgrade.

Sumber: Siaran Media Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY