Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
taiwan us_

Tiada Keperluan Untuk Satu Negara Kawal Industri Cip – Pegawai Tertinggi Taiwan

Diterbitkan Februari 17, 2025 ยท Dikemas kini Februari 17, 2025 oleh Amalina Athman

Tiada keperluan bagi satu negara untuk mengawal industri semikonduktor yang kompleks dan memerlukan pembahagian kerja, kata pegawai tertinggi Taiwan selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengkritik dominasi cip dari negara itu.

Trump pada Khamis mengulangi dakwaan bahawa Taiwan telah menguasai industri itu dan beliau mahu mengembalikannya ke AS, sambil menyatakan hasratnya untuk memulihkan pengeluaran cip di AS.

Wu Cheng-wen, Ketua Majlis Sains dan Teknologi Negara (NSTC) Taiwan berkata negara itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini sering ditanya bagaimana industri semikonduktornya telah menjadi penanda aras yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, setiap negara mempunyai kepakaran tersendiri dalam bidang cip, dari Jepun yang membuat bahan kimia dan peralatan hingga ke AS, yang dikatakan “tiada tandingan” dalam reka bentuk dan aplikasi sistem inovatif.

Industri semikonduktor adalah sangat kompleks dan memerlukan kepakaran serta pembahagian kerja yang tepat. Memandangkan setiap negara mempunyai kekuatan industri yang unik, tiada keperluan bagi satu negara untuk mengawal sepenuhnya atau memonopoli semua teknologi di peringkat global.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • AS Dilapor Rancang Bertindak Ke Atas Syarikat China Ekoran Penemuan Cip TSMC Dalam Pemproses Huawei
  • Taiwan Haramkan Agensi Kerajaan Guna DeepSeek
  • Snapdragon 6 Gen 4 Diperkenalkan - Cip 4nm TSMC, Sokongan Gen AI

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY