Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TSMC featured image_

AS Dilapor Rancang Bertindak Ke Atas Syarikat China Ekoran Penemuan Cip TSMC Dalam Pemproses Huawei

Diterbitkan Disember 22, 2024 · Dikemas kini Disember 22, 2024 oleh ariff bukhari

Pentadbiran Biden didakwa merancang untuk menyenaraihitamkan sebuah lagi syarikat China, menurut seseorang yang maklum dengan perkara itu.

Syarikat China itu, Sophgo, telah menarik perhatian selepas cip yang ditemui pada pemproses Huawei Ascend 910B didapati sepadan dengan apa yang dipesannya daripada TSMC.

Sophgo akan dihukum oleh A.S. kerana dituduh membantu Huawei apabila cip buatan TSMCnya telah dimasukkan secara haram ke dalam pemproses kecerdasan buatan Huawei.

Penemuan itu dibuat oleh firma penyelidikan teknologi TechInsights yang dengan segera telah memaklumkan pembuat cip itu, dan  turut memaklumkan kepada  Jabatan Perdagangan A.S.

Selepas mengesahkan cip itu sepadan dengan reka bentuk untuk cip Sophgo, TSMC telah menggantung penghantaran kepada syarikat itu, menurut sumber.

Ekoran itu, Sophgo, sekutu pembekal peralatan perlombongan bitcoin Bitmain serta pembekal kepada kerajaan tempatan dan firma milik kerajaan seperti China Telecom kini sedang dalam proses untuk diletakkan dalam senarai yang dikenali sebagai Senarai Entiti, kata sumber itu.

Bulan ini, Jabatan Perdagangan AS telah menambah beberapa lagi syarikat lain yang dilihat sebagai sebahagian daripada rangkaian bayangan Huawei ke senarai perdagangan terhad Jabatan Perdagangan A.S.

Sejak 2020, penghantaran cip buatan asing kepada syarikat tanpa lesen telah menjadi satu pelanggaran.

Sesebuah syarikat itu akan berdepan sekatan AS apabila ia didapati melakukan aktiviti yang bertentangan dengan keselamatan negara A.S. dan kepentingan dasar luar negara itu.

Pengeksport kemudiannya dilarang daripada menghantar barangan dan teknologi kepada mereka tanpa lesen.

Huawei, pembuat peralatan telekomunikasi dan konglomerat teknologi China telah diletakkan dalam senarai pada 2019 dahulu lagi.

Berkaitan

  • AS Mahu Jawapan Bagaimana Cip TSMC Berada Dalam Peranti Huawei
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Saintis Jepun Berjaya Hantar Data Bersaiz 336 Tb/s Menerusi Cahaya Tunggal

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY