Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 6 Gen 4 Diperkenalkan – Cip 4nm TSMC, Sokongan Gen AI

Snapdragon 6 Gen 4 Diperkenalkan – Cip 4nm TSMC, Sokongan Gen AI

Diterbitkan Februari 13, 2025 · Dikemas kini Februari 13, 2025 oleh Amalina Athman

Qualcomm kini mengumumkan Snapdragon 6 Gen 4, yang hadir dengan peningkatan ketara berbanding pendahulunya.

Ia menampilkan penambahbaikan menyeluruh dalam semua aspek utama, termasuk prestasi, kecekapan, permainan, kecerdasan buatan (AI), kamera dan audio.

Menariknya, Snapdragon 6 Gen 4 menjadi yang pertama dalam siri ini yang dihasilkan menggunakan nod 4nm TSMC. Sebelum ini, generasi terdahulu menggunakan nod 4nm Samsung dan 6nm TSMC.

Selain itu, ia juga menjadi yang pertama dalam siri Snapdragon 6 menggunakan teras CPU berasaskan berasaskan ARMv9 – dengan Cortex-A720 (2.3GHz) sebagai teras utama, tiga Cortex-A720 (2.2GHz) sebagai teras berprestasi tinggi, serta empat Cortex-A520 (1.8GHz) untuk teras kecekapan.

Sebagai perbandingan, generasi sebelumnya masih menggunakan reka bentuk ARMv8 dengan teras Cortex-A78 dan Cortex-A55.

Snapdragon 6 Gen 4_1

Platform ini menawarkan peningkatan prestasi CPU dan GPU dengan masing-masing 11% dan 29% lebih baik, serta penjimatan kuasa 12% lebih efisien berbanding pendahulunya.

Sebagai tambahan, Qualcomm menyatakan bahawa pemproses ini kini dilengkapi dengan NPU, menyokong keupayaan AI generatif serta sokongan INT4.

Dari segi sambungan, Snapdragon 6 Gen 4 menyokong Wi-Fi 6E (802.11ax) termasuk jalur 6GHz, Bluetooth 5.4 dengan aptX Adaptive, serta modem 5G yang menyokong sub-6GHz (4×4 MIMO) dan mmWave (2×2 MIMO) dengan kelajuan muat turun sehingga 2.9Gbps.

Snapdragon 6 Gen 4_2

Lain-lain termasuk sokongan memori sehingga 16GB LPDDR5 serta storan berasaskan UFS 3.1.

Ketersediaan

Honor, OPPO dan realme akan menjadi antara pengeluar terawal yang melancarkan peranti berasaskan Snapdragon 6 Gen 4, dalam beberapa bulan akan datang.

Berkaitan

  • Qualcomm Diam-Diam Perkenal Cip Snapdragon 6s Gen 3
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Qualcomm Menang Pertikaian Undang-Undang Pelesenan Cip Arm
  • Snapdragon® 8 Elite for Galaxy S25 Tawar Pengalaman 'Gaming' Dipertingkat

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY