Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Krisis Tenaga: Thailand Dilapor Tetapkan Pendingin Hawa Pejabat Kerajaan Pada 26°C

Krisis Tenaga: Thailand Dilapor Tetapkan Pendingin Hawa Pejabat Kerajaan Pada 26°C

Diterbitkan Mac 12, 2026 · Dikemas kini Mac 13, 2026 oleh ariff bukhari

Thailand dilaporkan telah mengarahkan semua agensi kerajaannya untuk melaksanakan kerja dari rumah sepenuhnya, kecuali jabatan yang memberi perkhidmatan terus kepada orang awam.

Langkah ini diambil sebagai sebahagian usaha penjimatan tenaga berikutan krisis tenaga yang berpunca daripada ketegangan di Timur Tengah.

Selain itu, suhu pendingin hawa di pejabat kerajaan perlu ditetapkan pada suhu 26°C, manakala pegawai digalakkan tidak memakai sut ketika menghadiri mesyuarat bagi mengurangkan penggunaan tenaga.

Kabinet turut menggantung semua lawatan sambil belajar ke luar negara, kecuali misi penting yang perlu melalui semakan ketat.

Menteri Pendidikan Tinggi negara itu menjelaskan universiti tidak terjejas besar kerana kebanyakan sedang bercuti akademik, namun keadaan akan dinilai semula apabila semester baharu bermula.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pengguna Dijangka Alami Perjalanan Lebih Lama, PLUS Seru Rancang Perjalanan Dengan Jadual Digital MyPLUS-TTA
  • Akses Kepada Imej Satelit Timur Tengah Kini Disekat Sehingga 2 Minggu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY