Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla_Business Insider

Tesla Dapat Lesen Bekal Tenaga Elektrik Di UK

Diterbitkan Mac 13, 2026 oleh ariff bukhari

Syarikat subsidiari kepada pengeluar kenderaan elektrik Tesla milik Elon Musk telah mendapat kelulusan untuk membekalkan elektrik kepada isi rumah dan perniagaan di United Kingdom, menurut pengawal selia tenaga Britain pada Khamis.

Syarikat tersebut, Tesla Energy Ventures, memohon untuk menjadi pembekal elektrik di Britain pada Julai lalu, sekali gus menandakan langkah pertama operasi itu di luar Amerika Syarikat.

Sebelum ini, syarikat berkenaan telah memperoleh lesen untuk menghasilkan elektrik di UK pada tahun 2020, terutamanya menggunakan panel solar, namun tidak menjualnya secara langsung kepada pengguna.

Ketika ini, Tesla juga membekalkan tenaga elektrik di negeri Texas di Amerika Syarikat.

Pengawal selia tenaga Britain, Ofgem, berkata Tesla Energy Ventures telah diberikan lesen yang membenarkannya membekalkan elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik di seluruh Great Britain.

Jurucakap Ofgem berkata perlindungan pengguna serta memastikan pasaran tenaga yang selamat dan adil menjadi asas kepada setiap keputusan pelesenan yang dibuat.

Pengumuman ini dibuat ketika Tesla berdepan penurunan jualan kereta elektriknya di peringkat global. – AFP.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Tesla Supercharger Kini Boleh Digunakan EV Bukan Tesla Di Malaysia, Bermula Di Empat Lokasi
  • HUAWEI WATCH Ultimate 2 Tiba Di Malaysia Pada Harga RM3,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY