Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tertiris Imej Panel Belakang Mi Mix 3, Rekaan Dwi Kamera Mungkin Mirip iPhone X

Tertiris Imej Panel Belakang Mi Mix 3, Rekaan Dwi Kamera Mungkin Mirip iPhone X

Diterbitkan Disember 12, 2017 · Dikemas kini Disember 12, 2017 oleh Helmi Samsuri

Siri Mi Mix terkenal kerana mempopularkan rekaan bingkai nipis dan paparan skrin penuh. Setakat ini, Xiaomi sudah memperkenalkan dua model dalam siri berkenaan iaitu Mi Mix dan Mi Mix 2.

Terbaru, satu bocoran imej telah mula tersebar di internet, dipercayai rekaan panel belakang bagi model Mi Mix 3.

Tertiris Imej Panel Belakang Mi Mix 3, Rekaan Dwi Kamera Mungkin Mirip iPhone X

Berdasarkan imej kita boleh membayangkan bahawa peranti ini bakal dilengkapi dengan tetapan dwi kamera utama dibahagian penjuru atas kiri. Sekali pandang, ia kelihatan mirip seperti posisi dwi lensa iPhone X.

Pengimbas cap jari juga berada di bahagian tengah belakang dan dibawahnya dikemaskan dengan tulisan “MI MIX DESIGN BY XIAOMI”.

Seandainya imej yang tersebar ini benar, model ini merupakan yang pertama dalam siri Mi Mix dilengkapi dengan dwi kamera utama.

Mungkin juga imej itu hanya prototaip saja memandangkan Mi Mix 2 baru 6 bulan diperkenalkan.

Sumber:  Concept Leaks

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY