Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bolt e-scooter

Terlalu Mengganggu, Skuter Elektrik Sewaan Bakal Diharamkan Di Belgium

Diterbitkan Jun 18, 2026 · Dikemas kini Jun 18, 2026 oleh ariff bukhari

Skuter elektrik sewaan akan dilarang di Brussels bermula tahun depan, menurut pihak berkuasa di ibu negara Belgium itu, atas faktor keselamatan.

Keputusan tersebut menjadikan Brussels sebagai bandar terbaharu yang mengambil tindakan tegas terhadap kenderaan dua roda yang disewa melalui aplikasi itu, menyusuli langkah serupa yang telah diambil oleh Paris, Madrid, dan Prague dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Terlalu banyak kemalangan, terlalu banyak gangguan, terlalu banyak salah guna: Brussels kini menutup buku terhadap skuter sewaan,” tulis Boris Dillies, Ketua Kerajaan Wilayah Brussels, di media sosial pada hari Khamis.

Pentadbiran beliau menyatakan bahawa lesen yang diberikan kepada pengendali perkhidmatan semasa, Bolt dan Dott, akan tamat tempoh pada penghujung tahun 2026 dan tidak akan diperbaharui.

Bagaimanapun, orang ramai masih boleh menyewa basikal elektrik untuk bergerak di sekitar bandar yang menempatkan banyak institusi utama Eropah itu.

Larangan tersebut telah dikritik oleh Bolt dan Dott serta kesatuan sekerja ACV-CSC, yang menyelar keputusan “kejam” itu kerana ia menjejaskan puluhan pekerjaan, yang sebahagian besarnya melibatkan pekerja berkemahiran rendah.

Golongan peminat menganggap skuter elektrik sebagai kaedah mesra alam untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, namun bagi para pengkritik, kenderaan itu merupakan punca kecederaan, menyemak jalanan, dan mengganggu pejalan kaki.

Kerajaan wilayah Brussels menjelaskan bahawa larangan itu dibuat susulan peningkatan kes kemalangan yang “membimbangkan” melibatkan kenderaan tersebut, dengan 666 orang mengalami kecederaan pada tahun 2025 akibat kemalangan — peningkatan sebanyak 26 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Tambah pihak berkuasa, skuter elektrik juga sering diletakkan secara tidak beralur hingga menghalang laluan jalan raya, selain turut disalahgunakan untuk tujuan jenayah seperti pengedaran dadah. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Xiaomi Lancar Skuter Elektrik Terbaru, Harga Bermula ~RM1,515
  • Skuter Elektrik EZI RAY-01 Tiba Di Malaysia, Hanya RM2,288

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY