Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Skuter Elektrik EZI RAY-01 Tiba Di Malaysia, Hanya RM2,288

Skuter Elektrik EZI RAY-01 Tiba Di Malaysia, Hanya RM2,288

Diterbitkan April 27, 2026 · Dikemas kini April 27, 2026 oleh ariff bukhari

Skuter elektrik EZI RAY-01 kini tiba di Malaysia selepas dilancarkan EZI Motor di Milan, Itali pada November 2024.

Direka untuk gaya hidup di bandar, RAY-01, dipacu oleh motor elektrik berkuasa 2000W, membolehkannya mencapai kelajuan maksimum 60 km/j.

Bateri litium-ion 72V 32Ah nya pula mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 80 km pada kelajuan 45 km/j, serta menyokong pengecasan pantas yang membolehkannya dicas penuh sepantas 3.5 jam sahaja.

Keselamatan turut diberi keutamaan melalui sistem brek cakera depan dan belakang, tayar 90/90-10 yang stabil, serta keupayaan mendaki sehingga 15°.

Skuter Elektrik EZI RAY-01 Tiba Di Malaysia, Hanya RM2,288
Reka bentuk kompak dengan berat 54kg serta ketinggian tempat duduk 735 mm, memastikan kawalan mudah di jalan bandar.

RAY-01 juga dilengkapi ciri pintar seperti sistem kunci tanpa kunci, port USB terbina dalam, dan berat ringan 94.6 kg dengan kapasiti muatan 100 kg.

Ditawar pada harga RM4,688.00 (tidak termasuk cukai pendaftaran dan insurans)., tapi anda mampu memiliki skuter elektrik ini hanya pada harga RM2,288 sahaja dengan adanya program Mforce.Cas yang menawarkan rebat bernilai RM2,400.

Tetapi anda perlu cepat kerana Program Mforce.Cas ini yang sudah pun berlangsung dari 1 April 2026 akan berakhir pada 30 Jun 2026.

Skuter Elektrik EZI RAY-01 Tiba Di Malaysia, Hanya RM2,288
Melalui program ini, pengguna juga boleh menikmati rebat untuk motosikal elektrik daripada jenama lain yang berada di bawah portfolio Mforce seperti EZI, ZEEHO, YADEA dan QJMOTOR.

Untuk info lanjut dan pandu uji skuter elektrik EZI RAY-01 baharu ini, bolehlah anda berkunjung ke pusat jualan motorsikal yang menawarkannya berhampiran anda.

Berkaitan

  • Ini 10 Model Skuter Elektrik Yang Layak Terima Rebat RM2400
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Yamaha Lancar Skuter Hibrid Pertama Di Malaysia Berharga RM6,198

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY