Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Terganggu Dengan SMS Iklan? Cuba Hentikannya Dengan Cara Berikut

Terganggu Dengan SMS Iklan? Cuba Hentikannya Dengan Cara Berikut

Diterbitkan Januari 23, 2018 · Dikemas kini Januari 23, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sedang tekun melakukan tugasan, tiba-tiba kedengaran bunyi notifikasi SMS. Sangkaan awal mungkin ia dihantar oleh keluarga atau kenalan, mungkin juga urusan kerja.

Tetapi apabila diteliti, ia hanyalah SMS iklan yang mempromosi lagu untuk nada dering. Kadang-kala ia datang ketika kita sedang berehat dan ia sememangnya mengganggu.

Sudah pasti ada diantara anda yang tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk menghentikannya SMS iklan tersebut. Caranya adalah dengan menghantar beberapa jenis arahan kepada kod pendek (nombor penghantar SMS).

1. STOP – Hentikan perkhidmatan yang dilanggan (tidak termasuk promosi)

  • Hantar STOP kepada <kod pendek>

2. OUT – Memilih untuk keluar terus dari pengiklanan SMS

  • Hantar OUT kepada <kod pendek>

3. STOP ALL – Hentikan semua langganan dari kod pendek

  • Hantar STOP ALL kepada <kod pendek>

4. HELP – Dapatkan bantuan untuk arahan langganan lain

  • Hantar HELP kepada <kod pendek>

Apa itu kod pendek? Kod pendek merupakan nombor kod yang menghantar SMS iklan ke nombor mudah aliha anda. Berikut adalah contoh kod pendek mengikut jenis-jenis iklan/syarikat pengiklan.

  • Nombor kod yang bermula dengan “2XXXX” adalah dari pengendali rangkaian selular yang anda gunakan.
  • Nombor kod yang bermula dengan “3XXXX” adalah dari perkhidmatan premium yang diberikan oleh pengendali rangkaian selular.
  • Nombor kod yang bermula dengan “6XXXX” adalah dari korporat dan juga perbankan

Contoh untuk hentikan SMS iklan adalah seperti imej dibawah.

Terganggu Dengan SMS Iklan? Cuba Hentikannya Dengan Cara Berikut

Sekiranya anda mempunyai masalah yang belum selesai berkaitan talian mudah alih walaupun sudah membuat aduan kepada syarikat telco, anda boleh memanjangkan perkara tersebut ke [email protected]  atau talian hotline di 1800-18-2222.

Sumber: Consumer Forum Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
©2026 WISER.MY