Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Temui Jodoh Impian Kini Lebih Mudah Dengan Portal Patuh Syariah, PJDI

Temui Jodoh Impian Kini Lebih Mudah Dengan Portal Patuh Syariah, PJDI

Diterbitkan Ogos 7, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 7, 2025 oleh ariff bukhari

Sebagai usaha menangani trend peningkatan golongan muda yang lewat atau enggan berkahwin, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan Portal Jodoh Darul Iman (PJDI).

Portal ini berfungsi sebagai platform selamat dan patuh syariah untuk membantu proses pencarian jodoh dalam kalangan belia serta ibu bapa tunggal.

Dalam majlis pelancaran portal itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan bahawa isu perkahwinan bukan sekadar urusan peribadi, sebaliknya berkait rapat dengan struktur demografi, kelangsungan populasi, serta kestabilan sosial dan ekonomi negeri.

Temui Jodoh Impian Kini Lebih Mudah Dengan Portal Patuh Syariah, PJDI
Temui Jodoh Impian Kini Lebih Mudah Dengan Portal Patuh Syariah, PJDI

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap kesan jangka panjang jika trend lambat berkahwin berterusan, termasuk kekurangan tenaga kerja dan pewaris.

Portal ini bukan sahaja menyediakan padanan jodoh, tetapi juga bimbingan dan panduan proses taaruf, agar perjalanan ke alam perkahwinan berlangsung secara sah dan harmoni. Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak dan mengikut garis panduan ditetapkan.

Pendaftaran sudah pun dibuka, jadi anda bolehlah layari laman rasmi Jodoh Darul Iman untuk mendaftar.

Berkaitan

  • Kajian Bongkar 77% Kereta Popular Guna Lebih Bahan Api Dari Yang Diiklankan
  • Pusat Data Generasi Baharu Dibuka Di Pulau Pinang, Sokong AI Dan Teknologi Rendah Karbon
  • Kaca Pelindung Skrin iPhone Dan Apple Watch Akan Dibuat 100% Di AS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY