Tempah Galaxy A34 Atau A54 Sekarang Dan Dapatkan Hadiah Eksklusif Bernilai RM549

Samsung telah pun mengumumkan 2 model telefon pintar bagi siri Galaxy A, iaitu Galaxy A54 dan Galaxy A34.

Kini Samsung sudah pun membuka tempahan awal bagi Galaxy A34 dan Galaxy A54.

Untuk Galaxy A34, ia hanya ditawarkan dengan pilihan storan 256GB dan RAM 8GB sahaja yang dijual pada harga RM1,599.

A34 juga dilengkapi dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.6-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz serta 3 kamera dibelakang iaitu kamera utama 48MP, 8MP ultra-lebar dan 5MP makro serta kamera swafoto 13MP di bahagian hadapan.

Kapsyen: Galaxy A34 dan A54 ditawar dalam 4 pilihan warna menarik iaitu Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet, dan Awesome Silver.


Manakala bagi Galaxy A54 pula, ia ditawarkan pada harga RM1,899 tetapi dengan saiz skrin yang sedikit kecil iaitu 6.4-inci, Super AMOLED FHD+ dengan  kadar segar semula 120Hz.

A54 juga dilengkapi dengan 3 kamera di belakang dengan rekaan yang sama tetapi sedikit berkuasa iaitu kamera utama 50MP12MP ultra-lebar, 5MP makro dengan kamera swafoto 32MP di bahagian hadapan peranti.

Kedua-dua siri Galaxy A terbaru ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti kapasiti bateri 5,000mAh serta tersedia dengan versi terkini One UI 5.1 berasaskan Android 13.

Bagi menarik pembeli menempah awal Galaxy A34 dan A54 mereka, Samsung turut menawarkan hadiah eksklusif yang bernilai RM549.

Tempahan awal ini dibuka bermula dari 24 Mac dan akan berakhir pada 6 April 2023.



{suggest}

Beli Samsung Galaxy A34 di Lazada

Beli Samsung Galaxy A54 di Lazada