Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zenbook S 13 OLED_UX5304_Scenario photo_10

ASUS Zenbook S 13 OLED Dilancarkan, Komputer Riba OLED Ternipis Di Dunia

Diterbitkan April 21, 2023 · Dikemas kini April 21, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS sebentar tadi telah melancarkan model komputer riba Zenbook S 13 OLED terbaru yang ASUS nyatakan sebagai komputer riba OLED ternipis di dunia.

Hanya setebal 1 cm dan seringan 1kg sahaja, sekaligus ini adalah komputer ultra nipis dan ultra ringan terbaik yang ada di pasaran ketika ini.

Zenbook S 13 OLED_UX5304_Scenario photo_04
Rekaan moden Zenbook S 13 OLED sememangnya moden dan bergaya. Ia dilengkapi dengan 2x sambungan Thunderbolt™ 4 USB-C yang menyokong ciri pengecasan pantas serta sambungan USB 3.2 Gen 2 Type-A, HDMI 2.1 dan bicu audio 3.5 mm.

Malah ASUS turut memberikan kuasa secukupnya untuk komputer riba terbaru ini di mana ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Gen-13 dan 16GB RAM serta grafik oleh cip Intel® Iris® Xᵉ Graphics.

Menjadikan Zenbook S 13 OLED adalah antara model komputer riba berprestasi terbaik yang ditawarkan untuk tahun ini.

Zenbook S 13 OLED_UX5304_Ponder Blue_Basic_18
Skrin ASUS ZenBook S 13 OLED dengan resolusi 2.8K serta kadar cerah sehingga 550nits menerima pensijilan Dolby Vision.

Menerusi Zenbook S 13 OLED ini juga, ASUS meneruskan komitmen mereka untuk menghasilkan produk mesra alam dengan menggunakan bahan kitar semula termasuklah kotak pembungkusan bagui Zenbook S 13 OLED ini.

Zenbook S 13 OLED_UX5304_Scenario photo_03

ASUS Zenbook S 13 OLED dijadualkan akan berada di pasaran Malaysia pada pertengahan bulan Mei 2023 nanti menerusi 2 varian berikut:-

  • Intel Core i5-1335U, 16GB LPDDR5 RAM dengan storan 512GB berharga RM 4,999 dan;
  • Intel Core i7-1355U, 16GB LPDDR5 RAM, dengan storan 1TB berharga RM 5,999

Dengan penawaran spesifikasi yang berprestasi, mesra pengguna serta harga yang berpatutan, ASUS Zenbook S 13 OLED adalah antara model komputer riba terbaru yang berpotensi menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia.

Berkaitan

  • Siri Xiaomi Pad 6 Rasmi - Snapdragon 8+ Gen 1, Skrin 144Hz
  • Acer Perkenal Predator Orion X, PC Berkuasa Dalam Saiz Lebih Kompak
  • Telefon Boleh Lipat "Clamshell" Pertama vivo Dilancar Dengan Paparan Sekunder Unik

Symber: Siaran Media ASUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY