Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telkomsel Indonesia Diiktiraf Sebagai Operator Mudah Alih Terbaik

Telkomsel Indonesia Diiktiraf Sebagai Operator Mudah Alih Terbaik

Diterbitkan Mac 6, 2026 · Dikemas kini Mac 6, 2026 oleh ariff bukhari

Telkomsel, penyedia perkhidmatan rangkaian telekomunikasi selular terbesar di Indonesia bersama Huawei telah meraih anugerah Perkhidmatan Operator Mudah Alih Terbaik untuk Pengguna Terhubung di Anugerah GLOMO 2026 yang berlangsung di MWC Barcelona.

Pengiktirafan ini diberikan atas kerjasama mereka menerusi inovasi perkhidmatan Jaringan Prioritas, yang menjanjikan pengalaman pengguna tetap lancar walaupun berada di kawasan berkapasiti tinggi seperti pusat bandar, pusat beli-belah, stadium, dan kawasan perniagaan.

Kriteria penilaian merangkumi inovasi, manfaat kepada pengguna, kejayaan pasaran, skala letersediaan serta kemudahan integrasi.

Jaringan Prioritas menggunakan teknologi Intelligent Personalized Experience (IPE) daripada Huawei untuk memantau prestasi aplikasi popular seperti TikTok, Instagram, dan YouTube secara masa nyata.

Ia memberikan jaminan sambungan tanpa perlu tetapan manual, serta menampilkan UE Logo pada peranti sebagai tanda akses rangkaian keutamaan.

Dilancarkan pada November 2025, Jaringan Prioritas segera menarik jutaan pengguna, terutamanya golongan muda.

Telkomsel dan Huawei memaklumkan, mereka berhasrat mengintegrasikan teknologi AI untuk membina “otak rangkaian berpusat pada pengalaman,” demi meningkatkan kepuasan pelanggan dan nilai perniagaan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Rangkaian 5G U Mobile Diiktiraf Paling Pantas Di Malaysia
  • Telefon Pintar Premium Pertama Infinix, NOTE 60 Ultra Rasmi, Hasil Kerjasama Pininfarina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
©2026 WISER.MY