Telegram bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam membanteras isu cetak rompak digital menerusi platform itu.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pihaknya telah menerima beberapa aduan mengenai filem yang dicetak rompak dan diedar menerusi Telegram.
Selain Telegram, beliau berkata langkah itu memerlukan kerjasama pihak pengedar daripada pemilik hak cipta serta badan kawal selia seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Jadi saya harap kita dapat pastikan bukan telegram sahaja tetapi platform yang lain dapat kita banteras cetak rompak digital,
Jelasnya, MCMC sudah pun mengadakan perbincangan secara berkala bersama pihak Telegram termasuk isu pemilik hak cipta.
Sementara itu, pihak kementerian buat masa ini sedang menambah baik proses perbincangan yang mengambil sedikit masa kerana kekurangan beberapa dokumen yang tidak lengkap untuk diproses.
Sumber: Berita RTM
