Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Perkenal Sejumlah Ciri Baharu – Pelayar Berbilang Tab, Stor Aplikasi Mini

Telegram Perkenal Sejumlah Ciri Baharu – Pelayar Berbilang Tab, Stor Aplikasi Mini

Diterbitkan Ogos 7, 2024 · Dikemas kini Ogos 7, 2024 oleh Amalina Athman

Telegram baru-baru ini telah mengeluarkan kemas kini dengan sejumlah ciri baharu. Antaranya termasuk Telegram Browser, stor aplikasi mini, keupayaan memberi ‘Star’ kepada kenalan dan sebagainya.

Telegram Browser

Telegram Browser menyokong laman web tidak disentralisasi (decentralized websites) dihoskan di TON – dalam aplikasi mudah alih dan desktop, menjadikan Web3 tersedia kepada hampir satu bilion pengguna bulanan.

Dengan ciri ini, pengguna boleh membuka pautan berbilang tab dalam aplikasi, yang boleh dikecilkan (tolak ke bawah) dan dibuka semula dari bar bahagian bawah.

Telegram Perkenal Sejumlah Ciri Baharu – Pelayar Berbilang Tab, Stor Aplikasi Mini
IMG_3624 (1)

Apabila menerima notifikasi ketika membaca artikel, melihat laman web atau bermain permainan, pengguna kini boleh menyemak mesej dan kembali melihat artikel tanpa kehilangan progress semasa. Pengguna juga boleh menambah penanda buku untuk kembali ke halaman kemudian.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/08/07083132/b9a5db90c5ecf53405.mp4

Stor Aplikasi Mini

Telegram kini menambah tab “Apps” pada bahagian Search atau Carian. Apabila mengakses bahagian itu, ia akan menunjukkan senarai aplikasi mini popular dan yang sedang digunakan (Apps You Use).

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/08/07084948/ea45ba121b84766f1d.mp4

Beri ‘Star’ kepada kenalan

Telegram Star membolehkan pengguna membeli barangan digital dalam aplikasi mini atau mengakses kandungan berbayar dalam saluran. Dengan kemas kini ini, pengguna boleh membeli ‘Star’ sebagai hadiah untuk kenalan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/08/07085844/c97af9e3b7598a813b.mp4

Untuk menghadiahkan star, pergi ke Settings > My Stars (pada iOS, anda hanya akan dapat melihat menu ini jika telah membeli star untuk diri sendiri sebelum ini).

Flash apabila rakam mesej video

Pengguna kini boleh menggunakan flash depan apabila merakam mesej video. Ia bertujuan untuk mencerahkan skrin dengan cahaya tambahan, terutamanya dalam keadaan gelap.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/08/07090853/be34647913f92219f7.mp4

Caranya, klik pada ikon mikrofon di bar mesej untuk beralih ke rakaman video. Kemudian, tekan lama (hold) ikon kamera > leret ke atas untuk kunci > klik ikon flash di sudut kiri bawah.

Lain-lain

Antara ciri baharu lain termasuk tab browser dan aplikasi mini di MacOS, widget cuaca dalam Telegram Stories serta pilihan bingkai untuk digunakan sebagai sampul foto (story cover).

Berkaitan

  • 3 Ciri Baharu Telegram Kini Tersedia
  • Ciri Baharu Telegram Tawar Akses Premium Percuma, Tapi Ada 'Harga' Perlu Dibayar
  • Cara Mencipta "Folder" Khas Untuk Mengkelaskan Perbualan Pada Aplikasi Telegram
  • Microsoft Tambah Bot Copilot Dalam Aplikasi Telegram

Sumber: Telegram

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY