Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Beri Kerjasama, Akan Patuh Undang-Undang Negara

Telegram Beri Kerjasama, Akan Patuh Undang-Undang Negara

Diterbitkan Jun 19, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kini memaklumkan pihak Telegram telah memberikan kerjasama untuk mematuhi undang-undang negara ini.

Berkaitan

  • Telegram Jawab Kenapa Mereka Tidak Mahu Beri Kerjasama Pada KKD
  • Fahmi Fadzil, SKMM Jumpa Telegram

Dalam pertemuan hari ini, Fahmi menegaskan bahawa terlalu banyak kes jenayah seperti penipuan pelaburan palsu, pedofilia, pornografi dan jenayah dalam talian yang berlaku di Telegram.

Lanjutan itu, pihak Telegram telah menyatakan komitmen dan bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi membendung jenayah yang berlaku di aplikasi berkenaan.

Untuk rekod, sejak Januari 2020 hingga Mei 2023, kerugian yang mencecah hampir RM45 juta telah ditanggung oleh rakyat Malaysia akibat pelbagai aktiviti penipuan menerusi Telegram.

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY