Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KKD Siasat Dakwaan Kebocoran Data 13 Juta Pengguna Maybank, Astro Dan SPR

KKD Siasat Dakwaan Kebocoran Data 13 Juta Pengguna Maybank, Astro Dan SPR

Diterbitkan Disember 31, 2022 · Dikemas kini Disember 31, 2022 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kini memaklumkan pihaknya memandang serius mengenai dakwaan kebocoran data yang melibatkan 13 juta pengguna Maybank, Astro dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berkaitan

  • Data 13 Juta Pengguna Didakwa Sedang Dijual - Libatkan Pengguna SPR, Maybank, Astro
  • Akui Lebih 200,000 Pelanggan Unifi Terkesan, Ini Respons TM Berkaitan Pencerobohan Data

Berikutan itu, KKD melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia (CSM) sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak Maybank dan Astro berhubung dakwaan itu, bagi memastikan kesahihan pemilikan data.

Menterinya, Fahmi Fadzil menjelaskan siasatan awal ke atas maklumat nombor akaun Maybank yang dipaparkan dalam laman sesawang berkenaan didapati adalah tidak sah atau tidak wujud kerana transaksi tidak boleh dilakukan melalui nombor akaun tersebut.

Sebagai tambahan, terdapat kemungkinan data yang didakwa bocor adalah merujuk kepada satu insiden kebocoran yang berlaku pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, KKD menyatakan pengesahan rasmi daripada pihak berkaitan adalah diperlukan untuk tujuan siasatan terperinci di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].

Sementara itu, siasatan mengenai kebocoran data SPR dalam laman sesawang berkenaan akan diserahkan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NASA) untuk tindakan selanjutnya memandangkan ia adalah di luar bidang kuasa Akta 709.

Notis sekatan juga telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tujuan menghalang orang awam mengakses laman sesawang tersebut.

Sumber: KKD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY