Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi telegram app store

CEO Telegram Dakwa Apple Lengahkan Kemas Kini Aplikasi Itu

Diterbitkan Ogos 11, 2022 ยท Dikemas kini Ogos 11, 2022 oleh Amalina Athman

CEO Telegram, Pavel Durov melalui saluran di aplikasi itu telah menyelar Apple berhubung proses semakan atau dipanggil sebagai “review process”. Ini kerana, Apple dikatakan telah melengah-lengahkan proses untuk membenarkan Telegram melepaskan kemas kini terbaru di App Store.

Sebagai contoh, kemas kini aplikasi Telegram untuk iOS yang dikatakan akan memberi revolusi bagi perkhidmatan pemesejan, telah tergantung dalam proses semakan Apple App Store selama lebih dua minggu. Malah, Apple juga tidak memberikan penjelasan atau maklum balas lanjut mengenai perkara itu.

Berkaitan

  • 5 'Game' PC Menarik Yang 'Confirm' Hadir Untuk Telefon Pintar

Tambahnya lagi, jika Telegram yang merupakan antara 10 aplikasi paling popular seluruh dunia telah menerima layanan sebegini, bagaimana pula dengan nasib pembangun aplikasi yang lebih kecil.

Bagi pihak Apple, masih belum jelas mengapa mereka menangguhkan kemas kini aplikasi Telegram daripada dilepaskan kepada berjuta-juta pengguna aplikasi itu. Kebiasaannya, Apple akan membuat semakan aplikasi dengan agak cepat. Melalui laman web Apple, syarikat itu turut menyatakan setiap minggu, lebih 500 pakar berdedikasi di seluruh dunia akan menyemak lebih 100,000 aplikasi di App Store.

Sumber: Durov Channel, App Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY