Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Stories_9

Telegram Stories Kini Tersedia, Ini Sejumlah Ciri Menarik

Diterbitkan Ogos 16, 2023 · Dikemas kini Ogos 16, 2023 oleh Amalina Athman

Mula tersedia kepada pengguna Premium, Telegram kini meluaskan ciri Stories kepada semua pengguna.

Berkaitan

  • Akhirnya, Telegram Akan Turut Perkenal Ciri Stories Pada Julai Ini

Secara asasnya, ia sama seperti yang tersedia di platform lain seperti Snapchat, WhatsApp, Instagram, TikTok dan lain-lain, yang membolehkan pengguna berkongsi cerita dengan rakan-rakan lain. Namun, terdapat sejumlah ciri yang lebih menarik dalam Telegram Stories, berbanding platform media sosial lain.

Pertama sekali, Stories dipaparkan pada bahagian atas dan boleh dikembangkan dengan menariknya ke bawah.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2023/08/Telegram-Stori.mp4

Mod dwi kamera

Berbanding di WhatsApp, Telegram Stories menyediakan mod dwi-kamera di mana pengguna boleh mengambil foto atau video dengan menggunakan kamera hadapan dan belakang secara serentak. Menariknya, pengguna juga boleh mengubah kamera (bahagian besar dan kecil) semasa merakam.

Telegram Stories_3

Suntingan foto dan video

Sebelum memuat naik Stories, pengguna juga boleh membuat suntingan foto dan video. Antaranya termasuk dari segi kecerahan, kepekatan warna dan sebagainya.

Telegram Stories_6

Suntingan Stories

Buat pertama kalinya, berbanding platform media sosial lain, Telegram menawarkan kemas kini sebarang elemen dalam Stories yang telah dimuat naik pada bila-bila masa. Antaranya termasuk menukar keterlihatan serta semua suntingan lain tanpa perlu menghapus dan memuat naik semula dari awal.

Telegram Stories_7

Tetapan Privasi

Untuk perkongsian Stories, terdapat 4 pilihan tetapan perkongsian termasuk kepada semua orang, kenalan sahaja, rakan karib (close friends) atau hanya kenalan terpilih. Setiap pilihan boleh disesuaikan sepenuhnya, membolehkan pengguna memasukkan atau mengecualikan mana-mana pengguna.

Telegram Stories_5

Lebih menarik, pengguna juga boleh mematikan kebenaran tangkap layar (screenshot) untuk menghalang penonton daripada memuat turun, merakam atau berkongsi Stories yang dimuat naik.

Tempoh Stories di Profil

Pengguna boleh memilih untuk menetapkan tempoh Stories di profil sama ada 6, 12, 24 atau 48 jam. Terdapat juga pilihan untuk pos ke profil, yang disusun dalam grid.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2023/08/Stori-Dipos-ke-Profil.mp4

Lain-lain

Antara lainnya termasuk statistik tontonan terperinci yang mana senarai penonton boleh disusun mengikut semua penonton, kenalan sahaja, reaksi dahulu atau tontonan terbaharu dan sebagainya.

Telegram Stories_8

Bagi saya sendiri, suntingan Stories setelah muat naik merupakan penawaran paling menarik. Tidak perlu berkali-kali muat naik jika ada kesilapan, terutamanya dari segi ejaan dan sebagainya. Jika anda pula, ciri mana yang paling menarik?

Sumber: Telegram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY