Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fahmi fadzil_KKD

KKD, Telco Bincang Penurunan Harga Perkhidmatan – Fahmi Fadzil

Diterbitkan Disember 15, 2022 ยท Dikemas kini Disember 15, 2022 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kini dilapor sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi (telco) untuk menurunkan harga perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.

Berkaitan

  • Kementerian Komunikasi Dan Digital Perhalusi Isu Keselamatan Siber, Data Peribadi
  • KKD Ialah Singkatan Kementerian Komunikasi Dan Digital

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menjelaskan pihaknya sedang berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta syarikat telco mengenai langkah yang boleh dibuat bagi mengurangkan kos.

Ketika ini, beliau melihat ramai golongan muda mengharapkan harga internet dan talian yang lebih murah. Berikutan itu, beliau meminta pihak terlibat untuk mengkaji apa yang boleh dilakukan. Bagi tujuan itu juga, dinyatakan satu pengumuman khas mungkin akan dibuat dalam beberapa minggu akan datang.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan beliau juga sedang meneliti langkah terbaik yang boleh dilakukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta mengatasi isu capaian rangkaian 4G dan 5G yang dihadapi di sesetengah kawasan di negara ini.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
©2026 WISER.MY