Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Sedang Siasat Berhubung Grup Pornografi Dengan Lebih 35K Ahli Di Telegram

MCMC Sedang Siasat Berhubung Grup Pornografi Dengan Lebih 35K Ahli Di Telegram

Diterbitkan Oktober 2, 2020 · Dikemas kini Oktober 2, 2020 oleh Amalina Athman

Beberapa hari lepas, kecoh mengenai isu penyebaran gambar wanita dalam satu grup Telegram. Menurut laporan SAYS.com, grup Telegram dengan nama “V2K” itu mempunyai lebih 35,000 ahli.

Isu ini mula timbul apabila seorang wanita menyedari gambar bersama rakan-rakannya disebarkan melalui grup tersebut dan mula menerima permintaan rakan dengan mesej seksual daripada orang yang tidak dikenali.

Wanita yang terlibat kemudiannya membangkitkan isu tersebut di media sosial yang kemudiannya membuatkan lebih ramai mangsa mengetahui gambar mereka telah dikongsi dalam grup tersebut tanpa pengetahuan.

https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1311982134899302401

Salah seorang mangsa yang terlibat telah pun melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Kini, MCMC telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu itu.

MCMC telah memaklumkan kepada Telegram untuk tindakan lebih lanjut. Sebagai tambahan, kerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dilakukan, serta isu ini telah dikemukakan kepada Interpol untuk bantuan lebih lanjut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY