Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Dikemaskini Dengan Pelbagai Ciri Baharu – Tapisan Carian, ‘Anonymous Admins’ Dan Lain-Lain

Telegram Dikemaskini Dengan Pelbagai Ciri Baharu – Tapisan Carian, ‘Anonymous Admins’ Dan Lain-Lain

Diterbitkan Oktober 2, 2020 · Dikemas kini Oktober 2, 2020 oleh Amalina Athman

Setelah 7 tahun diperkenalkan, Telegram mula menawarkan panggilan video dalam aplikasi itu pada Ogos lalu. Terbaru, Telegram telah dikemaskini dengan pelbagai ciri baharu. Antaranya termasuk Search Filters, Anonymous Admins, Channel Comments dan lain-lain.

Search Filters

Carian di Telegram kini boleh ditapis melalui Search Filters. Ianya boleh dilakukan pada tab carian dan melihat hasilnya dengan memilih tapisan berdasarkan Media, Links, Files dan lain-lain.

search filter telegram

Untuk membuat carian bagi tarikh tertentu, hanya perlu taip “2 October” atau “Yesterday” sebagai contoh. Setelah itu, taip apa-apa carian yang berkaitan.

Anonymous Group Admins

Terdapat toggle Remain Anonymous pada penjuru kanan untuk mengaktifkan mod Batman. Dengan itu, seseorang yang menguruskan kumpulan tersebut tiada dalam senarai ahli kumpulan, sementara mesej mereka dalam ruang sembang tersebut akan dinamakan sebagai nama kumpulan.

Telegram Dikemaskini Dengan Pelbagai Ciri Baharu – Tapisan Carian, ‘Anonymous Admins’ Dan Lain-Lain

Lebih Banyak Emoji Animasi

search filter telegram

Kemaskini ini juga mengandungi sejumlah emoji animasi terbaharu sebagai penambahan kepada emoji animasi sedia ada.

ezgif.com-gif-maker (1)
ezgif.com-gif-maker (2)

Antara ciri lain yang dimuatkan pada kemaskini ini termasuk Channel Comments dimana terdapat butang komen bagi saluran kumpulan perbincangan. Ianya boleh dicuba melalui saluran ini dalam masa yang terhad. Untuk mengaktifkan perbincangan pada saluran anda, ianya boleh dilakukan melalui Channel Settings > Discussion.

Selain itu, Telegram turut menambah ciri Android melalui Animated Popup, animasi papan kekunci baharu dan sebagainya.

Untuk lebih lanjut mengenai kemaskini ini, layari laman Telegram.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY