Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KKD Bincang Untuk Gabungkan NACSA, CyberSecurity Malaysia – Fahmi

KKD Bincang Untuk Gabungkan NACSA, CyberSecurity Malaysia – Fahmi

Diterbitkan April 11, 2023 · Dikemas kini April 11, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kini dilapor sedang berbincang untuk menggabungkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini.

Berkaitan

  • Elak 'Scam', MCMC Arah Telco Larang Pautan URL Dalam SMS - Teo
  • Beli Baju Raya Secara 'Online'? Jangan Sampai Menangis Di Pagi Syawal
  • 75% Nombor Telefon Pengguna Malaysia Telah Dibocorkan - Gogolook

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata penggabungan dua agensi itu juga dilihat dapat membantu menggerakkan usaha penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia seperti yang dihasratkan KKD sebelum ini.

Walau bagaimanapun, pihaknya ketika ini masih berbincang mengenai penggabungan NACSA dan CSM, namun belum sampai ke peringkat di mana penubuhan itu boleh berlaku lagi. Ini kerana, perkara tersebut perlu dibawa ke Parlimen terlebih dahulu.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai yang ingin membuat pengeluaran wang bagi perbelanjaan Aidilfitri supaya berhati-hati sekiranya menerima sebarang panggilan yang tidak dikenali dan mencurigakan.

Sekiranya ada mana-mana individu yang menjadi mangsa scam, mereka disarankan untuk menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY