Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Tanpa Butang Xiaomi Dijangka Tiba Seawal Tahun Depan

Telefon Tanpa Butang Xiaomi Dijangka Tiba Seawal Tahun Depan

Diterbitkan Ogos 28, 2024 oleh Amalina Athman

Xiaomi didakwa sedang membangunkan telefon pintar tanpa butang, yang mana dijangka akan dilancarkan pada separuh pertama 2025.

Dengan nama kod “zhuque”, peranti ini dipercayai tidak akan mempunyai butang fizikal.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan cara untuk mengawal peranti. Berkemungkinan akan menggunakan kawalan gerak isyarat, tekanan sensitif di bucu atau pun arahan suara.

Selain itu, ia juga dijangka akan dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 4, dengan nama kod SM8775.

Buat masa ini, tiada butiran mengenai paparan, bateri, atau kamera. Sebaliknya, kebocoran ini hanya memberikan gambaran tentang rancangan Xiaomi mengenai telefon pintar akan datang.

Mengambil kira projek itu masih di peringkat awal, sebarang kemungkinan juga mungkin boleh berlaku. Tetapi setakat ini, kita mungkin akan melihat telefon itu dilancarkan seawal separuh pertama 2025.

Dalam perkembangan lain, Xiaomi juga dilaporkan akan memperkenal cipnya sendiri dengan modem 5G Unisoc sekitar tempoh yang sama.

Berkaitan

  • Telefon Xiaomi Mungkin Dapat Ciri Mengesan Kamera Tersembunyi Tak Lama Lagi
  • Xiaomi Smart Band 9 Kini Tersedia Di Malaysia Pada Harga RM199
  • Xiaomi Antara 3 Jenama Telefon Pintar Terbesar Di Dunia, Catat ~RM54.6 Bilion Keuntungan Pada Suku Ke-2 2024
  • Xiaomi Perkenalkan Redmi Pad SE 8.7 Dan Redmi Pad SE 8.7 4G, Harga Dari RM599
  • Xiaomi Dilapor Akan Perkenal Cip Sendiri Pada Tahun Depan

Sumber: Smartprix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY