Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi cip

Xiaomi Dilapor Akan Perkenal Cip Sendiri Pada Tahun Depan

Diterbitkan Ogos 28, 2024 · Dikemas kini Ogos 28, 2024 oleh Amalina Athman

Kebanyakan pengeluar, termasuk Xiaomi, melancarkan telefon dengan cip pemproses daripada Qualcomm, MediaTek dan Unisoc.

Awal tahun ini, laporan mendakwa Xiaomi dan Unisoc bekerjasama membangunkan cip 4nm. Dalam perkembangan terbaru, Xiaomi kini dilaporkan akan melancarkan cipnya sendiri pada separuh pertama (H1) 2025.

Menurut peniris Yogesh Brar di X, cip Xiaomi itu akan dihasilkan dengan nod N4P 4nm TSMC dan menampilkan modem 5G yang dibangunkan oleh Unisoc.

Xiaomi's SoC project is going strong

Based on TSMC's N4P

Performance numbers similar to Snapdragon 8 Gen 1

5G modem by Unisoc

Reveal will happen H1 2025

2025 is a big year for Xiaomi with many revolutionary products in pipeline..

— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) August 26, 2024

Tambahnya lagi, cip pemproses itu dijangka akan menawarkan prestasi seperti Snapdragon 8 Gen 1 yang menjana peranti andalan sekitar tahun 2021-2022.

Untuk rekod, ia bukanlah kali pertama Xiaomi cuba membangunkan cip pemproses. Mengimbas pada tahun 2017, jenama itu pertama kali melancarkan cipnya sendiri, iaitu Surge S1 yang dibina berasaskan nod 28nm dan dimuatkan pada Mi 5C.

Berkaitan

  • Xiaomi 15 Ultra Dilapor Ada 4 Kamera, Termasuk Lensa Telefoto 4X 200 MP
  • Xiaomi Smart Band 9 Kini Tersedia Di Malaysia Pada Harga RM199
  • Xiaomi Antara 3 Jenama Telefon Pintar Terbesar Di Dunia, Catat ~RM54.6 Bilion Keuntungan Pada Suku Ke-2 2024
  • Xiaomi Perkenalkan Redmi Pad SE 8.7 Dan Redmi Pad SE 8.7 4G, Harga Dari RM599

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY