Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Samsung Yang Dioperasikan Oreo Akan Memberikan Nama Screenshot Berdasarkan Aplikasi

Telefon Samsung Yang Dioperasikan Oreo Akan Memberikan Nama Screenshot Berdasarkan Aplikasi

Diterbitkan Disember 19, 2017 oleh Helmi Samsuri

Anda semua pasti tahu betapa sukarnya mencari imej screenshot di dalam fail yang mempunyai nama yang agak memeningkan seperti “Screenshot_20171208-133036”.

Ada dalam kalangan kita banyak membuat screenshot dan apabila hendak mencari imej tersebut, kita keliru dengan nama yang diberikan oleh sistem. Terpaksalah anda membuka imej itu satu persatu untuk mengenal pasti imej yang dikehendaki.

Bagi pemilik telefon pintar Samsung yang dioperasikan oleh Android Oreo, masalah itu boleh dikurangkan dengan ciri yang terdapat dalam sistem.

Telefon Samsung Yang Dioperasikan Oreo Akan Memberikan Nama Screenshot Berdasarkan Aplikasi

Seperti contoh, apabila anda merakam skrin di aplikasi YouTube, nama yang akan diberikan bermula denganĀ “Screenshot_YouTube”. Begitu juga dengan aplikasi yang lain.

Menerusinya, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah mencari nama imej yang mungkin sudah terletak jauh dalam senarai screenshot pengguna.

Sumber: SamMobile via Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
©2026 WISER.MY