Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Pintar Pengasas Android Dituduh Curi Teknologi Tanpa Wayar

Telefon Pintar Pengasas Android Dituduh Curi Teknologi Tanpa Wayar

Diterbitkan Oktober 18, 2017 ยท Dikemas kini Disember 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Telefon pintar Essential hasil ciptaan salah seorang pengasas Android, Andy Rubin, dituduh mencuri teknologi tanpa wayar Keyssa.

Keyssa merupakan sebuah syarikat teknologi tanpa wayar kendalian pencipta iPod dan pengasas Nest, Tony Fadell, telah memfailkan saman terhadap Essential pada Isnin lalu dengan mendakwa Essential menggunakan teknologi perpindahan data tanpa wayar bersaiz besar tanpa izin mereka.

Berdasarkan tuntutan mahkamah yang dibuat, Keyssa dan Essential terlibat dalam satu perbincangan yang “semuanya dilindungi di bawah perjanjian tanpa pendedahan”. Selain itu, Keyssa mendakwa mereka telah menghantar seramai 20 0rang jurutera terbaik untuk mengajar Essential tentang teknologi tersebut.

Namun, selepas 10 bulan hubungan antara kedua-dua syarikat itu berakhir dan Essential menyatakan mereka akan menggunakan cip lain untuk telefon pintar mereka.

Keadaan bertambah buruk apabila Keyssa menuduh Essential mencuri teknologi yang pada awalnya dipinjamkan dan digunakan pada telefon pintar itu.

Dengan kes saman ini, Essential dilihat ibarat jatuh ditimpa tangga kerana penjualan telefon yang bermasalah dari segi penghantaran, terdedah kepada serangan phishing, dan juga beberapa aduan pengguna yang kecewa dengan kualiti kamera telefon pintar itu.

Sumber: Reuters

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY